♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪Welc0mE♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪


Sunday, May 29, 2011

-kEm kEpiMpiNan-

assalamualaikum..hye guys..
lama dh fira x update blog kn??hehhehe
nie coz ngah bowink r nie..2 y t'pikir nak update blog 2..hehehe..
coz on9 fb pond..kwn2 fira ramai x on9..2 y borink 2..arini fira nak cete pasal kem kepimpinan la..
ari2 fira dpt g kem kepimpinan tau.. kat tok bali..24-26 hb..3 ari 2 mlm..ha??mcm pakej percutian lak kn??dh la kebetulan lepas abis peksa trus g..10 org je y dpt g cne..so sape cepat die la dapat..hehehe...sbnrnyer fira nak cete ape y b'laku kat sane tp byk sgt la..takut 3 hari 3 mlm x abis2 lagi nak cete..hahahah(over lak)..so fira kongsi gbr je la erk wak 2 fira g sane..huhuhu..tp 2 pond ckit je y ada..x pe la drpd x de langsung kn??

 with mila..:)
(hari ke2 d'muara resort)


 before g wat aktiviti b'gbr dulu..hehehe:)
..hari ketiga..
kat dewan..(sempat lg b'gbr..)hahaha
ni lak gbr kteorg before balik..ngah tunggu bas..bas lambat sgt..so ape lagi b'gbr la dulu sementara peluang masih ada..hahahhaa
masing2 b'gaya ngan belon y ada..huhuu..
(bukan senng nak dpt belon 2..byk belon y pecah..y kteorgnyer je x..hehehe)
hanya org y t'tentu saje thu nape belon kteorg x pecah..hahaha


nie lak gbr kte org dlm bas..nak balik dh.:(
(y nie je y sempat ambik..huhuhu)

mmg best sgt2 g sane..pengalaman y manis wat fira..kalo leh x nak balik ag..nak duduk agi kat c2 dlm 2 mlm agi..tp x leh..:(..hopefully 6t dpt agi g kem ngan kowg ..tp 6t ckien mesti g gak..hehehe..k.la..setakat nie je y fira leh kongsi ngan kowg..6t fira bowink fira update blog agi erk..hahaha..(tyme bowink je la y update..hahaha)bye2..:)

Wednesday, May 11, 2011

kenapa lepas kena gigit nyamuk merah habis?

salam sume.ha!!nak thu xkesian kan bila tengok budak2 kena gigit nyamuk
tangan merah kaki merah..pastu mula la  menggaru sampai berdarah
pernah tak tertanya kenapa asal kena gigit dek binatang picit jerawat
terkena pisau darah laju je keluar..haa ni patik nak cerita la nih apa 
sebenarnya berlaku patik ambil contoh senang kena gigit nyamuk

apabila anda digigit nyamuk..bakteria2 dari nyamuk or yang ada pada kulit 
anda boleh
menembusi kulit melalui gigitan nyamuk tadi..bila ada je bakteria masuk lam
badan kita maka akan terhasil la satu isyarat warning!! warning!! INTRUDER!!
lebih kurang macam nih laa badan kita akan buat..jadi siapa??atau apa??yang menerima
isyarat nih dan bertanggungjawab dalam menghapuskan bakteria nih tadi
adalah sel darah merah dan sel darah putih(antibodi) *sebabkan putih 
so kena letak warna putih**hilite peliss* haha saje je kan
kan bila lepas kena gigit nyamuk merah je kan??
so sebenarnya darah yang banyak yang membawa
antibodi untuk melawan alien tadi mengalir dengan laju dan cepat
tangkas lagi berkesan ke tempat kejadian
 iaitu tempat gigitan tadi
lepas dah terima amaran, darah nih cepat2 bawak
 "doktor" untuk sembuhkan dan hapuskan alien ni tadi

siapa "doktor" tuh?
en antibodi laa..hehehe
selepas sel darah merah bawak sel antibodi ke tempat kejadian
maka antibodi akan di"release"kan ke tempat kejadian
haa persoalannya apa antibodi nih buat?

untuk pengetahuan u ols antibodi

nih akan melakukan proses yang dipanggil "phagocytosis"
phago, meaning "eating", kytos, meaning "cell", and -osis, meaning "process"
maka semuanya dipanggil proses memakan sel/bakteria
antibodi nih akan memakan dan menghapuskan bakteria hingga
ke lubang cacing *celah mana lubang cacing ntah*

maka bekas gigitan tadi akan heal/sembuh
begitulah apa yang berlaku pada tubuh kita
simple ringkas pimple jerawat dimple lesung pipit
till then...tak paham tanya!!!haha

Saturday, May 7, 2011

Fakta MenarIK – (:15 Rahsia Senyum & Ketawa:)

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu
saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.


Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah
"Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok..:D